SET BERSALIN WARISAN AFIAT HERBA

Product Code: SET BERSALIN WARISAN AFIAT HERBA
Availability: 1
RM105.00

Qty

 

Terdapat 10 item di dalam. ✅Air Jamu Muparam Rawatan dalaman, di minum selepas 3 atau 4 hari bersalin dalam masa 3 hari berturut-turut. khasiatnya— melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan, sakit kepala, mengurangkan keputihan serta mengelakkan dari Angin Meroyan, mengencangkan otot-otot, mengecutkan dan menyihatkan rahim. ✅Kapsul Wanita Rawatan dalaman untuk 44 hari dalam bentuk kapsul. Dimakan selepas 3 atau 4 hari bersalin. Khasiatnya— menguatkan dan mengencangkan otot-otot tubuh, melegakan letih lesu, membuang angin dan menambahkan tenaga, melegakan sakit pinggang dan lemah anggota badan. Mengatasi penyakit kebas, lenguh,sakit urat-urat serta menyihatkan rahim khusus untuk wanita lepas bersalin. ✅Param Hangat Untuk kegunaan luaran—dibancuh dengan air suam, kemudian disapu untuk kesihatan kulit serta menjaga tubuh badan daripada penyakit kebas dan lenguh. ✅Barut Berubat Ramuan tradisi untuk mengempiskan perut serta mengecutkan rahim dan urat-urat perut dan merampingkan pinggang. ✅Minyak Herba Warisan Afiat Untuk di urut seluruh tubuh badan bagi melegakan otot-otot tubuh badan yang tegang, melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan terseliuh. ✅Balm Herba Warisan Afiat Ramuan Pati amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kegunaannya untuk mencegah dari kembung dan sakit perut. ✅Akar Kayu Untuk direbus pada hari yang ke 20 dalam masa berpantang dan di minum sehingga 44 hari. ✅Air Lemuju Kukus Untuk kesihatan tubuh badan, menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan, melegakan sakit atau kembung perut, senak atau angin memulas-mulas serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil. ✅Perabun Letakkan Perabun ke dalam kain, perasapkan ” suam-suam” lalu tuamkan ke perut bayi atau sekiranya angin pepasang tuamkan pada tempat yang sakit. ✅Tali Pembentan Untuk mencegah dari Bentan seandainya si Ibu kerap bergerak.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Related Products (3)