SET BERSALIN WARISAN AFIAT HERBA
Terdapat 10 item di dalam.
✅Air Jamu Muparam
Rawatan dalaman, di minum selepas 3 atau 4 hari bersalin dalam masa 3 hari berturut-turut. khasiatnya— melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan, sakit kepala, mengurangkan keputihan serta mengelakkan dari Angin Meroyan, mengencangkan otot-otot, mengecutkan dan menyihatkan rahim.
✅Kapsul Wanita
Rawatan dalaman untuk 44 hari dalam bentuk kapsul. Dimakan selepas 3 atau 4 hari bersalin. Khasiatnya— menguatkan dan mengencangkan otot-otot tubuh, melegakan letih lesu, membuang angin dan menambahkan tenaga, melegakan sakit pinggang dan lemah anggota badan. Mengatasi penyakit kebas, lenguh,sakit urat-urat serta menyihatkan rahim khusus untuk wanita lepas bersalin.
✅Param Hangat
Untuk kegunaan luaran—dibancuh dengan air suam, kemudian disapu untuk kesihatan kulit serta menjaga tubuh badan daripada penyakit kebas dan lenguh.
✅Barut Berubat
Ramuan tradisi untuk mengempiskan perut serta mengecutkan rahim dan urat-urat perut dan merampingkan pinggang.
✅Minyak Herba Warisan Afiat
Untuk di urut seluruh tubuh badan bagi melegakan otot-otot tubuh badan yang tegang, melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan terseliuh.
✅Balm Herba Warisan Afiat
Ramuan Pati amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kegunaannya untuk mencegah dari kembung dan sakit perut.
✅Akar Kayu
Untuk direbus pada hari yang ke 20 dalam masa berpantang dan di minum sehingga 44 hari.
✅Air Lemuju Kukus
Untuk kesihatan tubuh badan, menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan, melegakan sakit atau kembung perut, senak atau angin memulas-mulas serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
✅Perabun
Letakkan Perabun ke dalam kain, perasapkan ” suam-suam” lalu tuamkan ke perut bayi atau sekiranya angin pepasang tuamkan pada tempat yang sakit.
✅Tali Pembentan
Untuk mencegah dari Bentan seandainya si Ibu kerap bergerak.
Powered by OpenCart Made by ThemeGlobal - OpenCart Template Club